Forexbrokerpedia.com Promo Broker Menangi Sebuah Scooter tiap Minggu dari OctaFX

Menangi Sebuah Scooter tiap Minggu dari OctaFX

Menang sepeda motor dari OctaFX Malaysia setiap minggu dengan berdagang sekurang-kurangnya 5 lot seminggu, jadi anda akan memasuki cabutan bertuah motosikal secara automatik.

PERATURAN PROMOSI

Dokumen ini menentukan peraturan dalam Cabutan Bertuah ini. Sila pastikan anda membaca dengan teliti dan memahami semua peraturan berkenaan sebelum menyertai Cabutan Bertuah.

Pengenalan

  • OctaFX menawarkan peluang untuk anda memenangi sebuah Modenas MR1 (Malaysia), Honda Revo Fit FI (Indonesia), Honda Wave 110i (Thailand), Honda CD 70 cc (Pakistan) ATAU hadiah wang tunai $500 (”Cabutan Bertuah”). Dengan menyertai, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat ini.
  • Nama Cabutan Bertuah ini ialah Ganjaran Skuter Mingguan OctaFX, selepas ini dikenali sebagai Cabutan Bertuah.
  • Cabutan Bertuah ini dianjurkan dan dijalankan oleh Octa Markets Incorporated, selepas ini dirujukkan sebagai Penganjur.
  • “Promoter”, “kami” dan “kita” merujuk kepada OctaFX yang merupakan nama dagangan bagi Octa Markets Incorporated.

Siapakah yang layak untuk menyertai?

  • Cabutan Bertuah ini terbuka kepada pelanggan OctaFX di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Pakistan yang berusia 18 tahun dan ke atas pada waktu penyertaan. Anda tidak layak untuk menyertai Cabutan Bertuah jika anda mempunyai hubungan yang ketara dengan pihak pentadbiran Cabutan Bertuah.

Cara penyertaan

  • Anda boleh menyertai Cabutan Bertuah apabila pasaran dibuka pada setiap hari Isnin 00:00:00 waktu EEST hingga pasaran dibuka pada 23:59:59 waktu EEST, pada hari Jumaat.
  • Pendaftaran Cabutan Bertuah dibuka sepanjang tempoh penganjurannya.
  • Untuk menyertai Cabutan Bertuah, pengguna perlu mendagangkan sekurang-kurangnya 5 lot atau lebih pada akaun sebenar menggunakan sebarang instrumen dagangan yang disediakan.
  • Pengguna yang mendagangkan 5 lot atau lebih pada akaun sebenar antara hari Isnin hingga Jumaat secara automatik akan menyertai Cabutan Bertuah.
  • Pengguna yang mendagangkan lebih daripada 5 lot (10, 15) tidak menjamin peluang kemenangan dua kali ganda atau tiga kali ganda.
  • Dagangan pada akaun demi tidak melayakkan pengguna untuk menyertai Cabutan Bertuah.
  • Tempoh perintah adalah tidak terhad, melainkan tempoh berkenaan dinyatakan dalam Perjanjian Pengguna.
  • Hanya dagangan yang ditutup diambil kira dalam kiraan volum.

Hadiah

  • Hadiah Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah sebuah Modenas MR1 (Malaysia), Honda Revo Fit FI (Indonesia), Honda Wave 110i (Thailand), Honda CG 125 (Pakistan) ATAU hadiah wang tunai $500 (”hadiah”).
  • Hadiah dan penyertaan dalam Cabutan Bertuah tidak boleh ditukar atau dipindah milik. Walau bagaimanapun, sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak tersedia disebabkan oleh situasi yang berlaku di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif pada nilai yang setara atau lebih besar.
  • Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya mewakili model skuter sebenar.
  • Pemenang Cabutan Bertuah bertanggungjawab atas perbelanjaan mereka sendiri yang berkaitan Hadiah berkenaan, termasuk cukai, pendaftaran kenderaan, perjalanan dan perbelanjaan penginapan.

Memilih pemenang

  • Seorang pemenang akan dipilih secara rawak pada penghujung sesi Amerika Utara setiap hari Jumaat dan sebelum 10:00 waktu EEST setiap hari Isnin daripada semua penyertaan yang layak.
  • Pemenang akan dihubungi sebelum jam 12 tengah hari setiap hari Isnin.
  • Hanya seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu.
  • Penganjur akan cuba untuk memaklumkan pemenang melalui e-mel. Penganjur boleh menggantikan mana-mana peserta terpilih sebagai pemenang sekiranya:

– peserta berkenaan tidak dapat dihubungi melalui e-mel dalam masa empat puluh lapan (48) jam selepas pihak kami menghantar e-mel pemberitahuan kepada peserta bahawa mereka telah menang; atau

– kami yakin dengan munasabah bahawa peserta telah melanggar salah satu daripada peraturan yang ditetapkan.

  • Pemenang perlu menuntut Hadiah mereka dalam masa 7 hari selepas kemenangan mereka dimaklumkan. Hadiah akan menjadi tidak sah selepas tempoh ini berakhir.
  • Peserta hanya layak untuk menang sekali sahaja sepanjang tempoh aktif promosi.
  • Sekiranya pemenang yang dipilih telah menang pada sebelum ini, maka pemenang lain akan dipilih secara rawak.
  • Setiap peserta bersetuju untuk memberikan data sebenar. Pemberian data palsu boleh mengakibatkan peserta dikeluarkan daripada Cabutan Bertuah.
  • Dengan menyertai promosi ini, anda memberikan kebenaran secara automatik kepada OctaFX untuk menggunakan nama penuh dan negara tempat tinggal anda untuk kegunaan aktiviti pemasaran OctaFX yang akan datang termasuk www.octafx.com dan Berita Syarikat OctaFX.
  • Hadiah akan dibayar ke dalam akaun sebenar pelanggan di OctaFX dan boleh dikeluarkan.
  • Sekiranya dana hadiah digunakan untuk dagangan sebenar, maka had pengeluaran ialah 300% daripada dana hadiah (termasuk kedua-dua dana hadiah dan juga keuntungan).

Umum

  • SEBARANG JENIS pemadanan IP akan tertakluk kepada pelucutan kelayakan.
  • Sebarang jenis dagangan arbitraj atau penyalahgunaan lain terhadap harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada pelucutan kelayakan daripada Cabutan Bertuah.
  • Penganjur berhak untuk menolak atau melucutkan sebarang peserta tanpa sebarang penjelasan. Alasan bagi pelucutan kelayakan mungkin melibatkan pembukaan perintah bertentangan bervolum tinggi pada pasangan matawang yang sama dalam akaun dagangan yang berbeza pada lebih kurang masa yang sama, serta penggunaan kegagalan dalam aliran sebut harga bagi mendapatkan keuntungan yang terjamin, atau sebarang jenis penipuan lain.
  • Semua teknik dagangan atau EA adalah dibenarkan. Penganjur berhak untuk mengisytiharkan sebarang hadiah yang telah diberikan sebagai tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan setelah menemui bukti langsung atau tidak langsung atas cubaan operasi menipu terhadap dana hadiah berkenaan.
  • Sebarang situasi yang tidak dihuraikan dalam peraturan ini adalah tertakluk kepada keputusan Penganjur.
  • OctaFX berhak untuk mengubah, mengemas kini atau membatalkan promosi ini dengan pemberitahuan dalam Berita Syarikat OctaFX.
  • Penganjur merupakan OctaFX, yang beralamat di Cedar Hill Crest, VC0100, Saint Vincent and the Grenadines.

Tag:, ,